Asal nama Seri_Iskandar

Bandar Baru Seri Iskandar diambil bersempena nama Sultan Perak ke-30 Sultan Iskandar Shah. Sultan ini cukup termasyhur di kalangan penduduk negeri Perak kerana begitu prihatin dengan nasib rakyat sebelum Perang Dunia II. Ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak menyebut-nyebut tentang sultan Perak ini. Mereka menyebutnya sebagai "Sultan Iskando".

Baginda menjadi Sultan Perak dari Disember 1918 hingga 14 Ogos 1938. Nama penuh baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah Rahmatullah. Baginda diputerakan pada 10 Mei 1876 dan mangkat pada 14 Ogos 1938.

Dalam Sejarah Melayu nama Iskandar muncul dari nama Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain menakluk 1/3 bumi ini dan disebut namanya beberapa kali dalam al Quran. Menurut versi Al Quran, Iskandar Zulkarnain adalah seorang Islam.

Semasa pemerintahan Sultan Iskandar, tidak ada Menteri Besar Perak. Pentadbiran banyak ditadbir oleh Residen British. Antaranya ialah:

  • 1919 - 1920 George Maxwell
  • 1920 - 1921 William James Parke Hume
  • 1921 - 1926 Cecil William Chase Parr
  • 1926 - 1927 Oswald Francis Gerard Stonor
  • 1927 - 1929 Henry Wagstaffe Thomson
  • 1929 - 1930 Charles Walter Hamilton Cochrane
  • 1931 - 1932 B.W. Ellis
  • 1932 - 1939 G.E. Cater

Sila lihat Senarai nama Sultan Perak, Senarai Residen British di Perak